Home / Notis Pemakluman: Kerja-Kerja Penebangan Pokok Berbahaya di Wilayah Persekutuan Labuan
logo pl

Perbadanan Labuan telah menjalankan pemeriksaan terhadap pokok-pokok berusia dan matang di jalan-jalan utama di seluruh Wilayah Persekutuan Labuan. Pemeriksaan tersebut merangkumi pemantauan secara visual dan pemeriksaan di bahagian batang dan kawasan akar pokok bagi mengenalpasti kesihatan dan keselamatan struktur pokok. Selain itu, ruang pengakaran yang terhad juga adalah punca pokok-pokok teduhan tersebut tidak stabil dan berbahaya.

 

Hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan didapati sebanyak 576 batang pokok di Kawasan yang diperiksa berada dalam keadaan berbahaya dan telah dicadangkan untuk ditebang. Kerja-kerja penebangan pokok-pokok tersebut akan dilaksanakan oleh kontraktor yang telah dilantik oleh pihak Perbadanan Labuan.

 

Keadaan cuaca ribut dan angin kuat juga telah meningkatkan risiko bagi pokok tersebut untuk patah dan tumbang. Sehubungan itu, Perbadanan Labuan akan mula melaksanakan kerja-kerja penebangan pokok secara berperingkat mulai Februari 2023 hingga Februari 2024 bagi memastikan keselamatan orang awam terjamin. Pokok dan lokasi yang terlibat adalah seperti berikut;

BILLOKASISPESISJUMLAH
1.Tempat Letak Kereta LDA (Bersebelahan Kompleks Ujana Kewangan)Khaya Senegalensis@
Khaya
10
2.Jalan TenagaSamanea Saman@
Hujan-Hujan
6
3.Jalan KilanKhaya Senegalensis@
Khaya
72
4.Jalan Ujong PasirKhaya Senegalensis@
Khaya
21
5.Kawasan sekitara Dewan Serbaguna Perbadanan LabuanKhaya Senegalensis@
Khaya
21
6.Jalan Tun MustaphaKhaya Senegalensis@
Khaya
161
7.Jalan Susur bersebelahan Taman Damai, Layang-LayanganKhaya Senegalensis@
Khaya
23
8.Jalan GanggarakKhaya Senegalensis@
Khaya
34
9.Jalan Batu ManikarKhaya Senegalensis@
Khaya
9
10.Jalan Pohon Batu-Jalan Panchur HitamKhaya Senegalensis@
Khaya
233
JUMLAH KESELURUHAN576

Pokok-pokok yang akan ditebang ini akan digantikan dengan pokok lain bergantung kepada keluasan penanaman. Jika keluasan ruang penanaman tidak sesuai untuk ditanam pokok teduhan, ianya akan digantikan dengan tumbuhan renek. Terutama sekali dikawasan pusat bandar Labuan dimana wujud persekitaran tapak seperti keluasan ruang penanaman terhad, tanah tapak berkualiti rendah, tanah mampat serta persaingan kepentingan terhadap struktur dan kemudahan awam sediada.

 

Perancangan penanaman semula pokok teduhan dan tumbuhan renek di jalan-jalan utama, taman awam dan ruang landskap di Pusat Bandar Labuan akan mengambil kira faktor estetika dan mudah diselenggara serta mengurangkan kesan kerosakan terhadap struktur infrastruktur awam. Justeru, Perbadanan Labuan menyeru agar warga Labuan dapat bekerjasama bagi menjamin kehijauan W.P Labuan terus terpelihara dengan memastikan pokok-pokok teduhan dan pokok-pokok renek di pusat bandar, taman awam dan jalan-jalan utama berada dalam keadaan sihat, selamat serta bersama-sama menjaga dan tidak merosakkan pokok-pokok.

 

Sekian 

 

Disediakan Oleh;

Jabatan Perkhidmatan Perbandaran, 

Perbadanan Labuan

Gambar-Gambar Pokok Berisiko di Jalan-Jalan Utama, Taman Awam dan Pusat  Bandar Labuan.

Info Korporat - Siaran Media Permohonan Lesen Baharu Pemberi Pinjam Wang Corporate Info - Media Broadcast Perutusan KPE Penafian Perolehan - Tender Sebutharga Suara Anda GAMMA.my
Borang Maklum Balas
Borang Maklum Balas
Skip to content