TAWARAN PENYEWAAN PREMIS NIAGA PERBADANAN LABUAN
Pelawaan dibuka kepada yang berminat untuk menyewa Lot Kedai, Gerai dan Kiosk seperti berikut:
BIL | LOKASI | KEKOSONGAN | KADAR SEWA BULANAN (RM) | JENIS PERNIAGAAN DIBENARKAN |
---|---|---|---|---|
1. | Lestari Niaga Madani (Terminal Corner) | 1 Tapak (6 lot) | 3,000.00 | Jualan makanan dan minuman sahaja |
2. | Medan Selera Jalan Tanjung Purun WP Labuan | 3 lot | 400.00 | Jualan makanan dan minuman sahaja |
3. | Lot Gerai Aras Satu Pasar Sentral Labuan | 10 lot | 400.00 (DIKEMASKINI) | Pakaian dan pelbagai sahaja |
4. | Kiosk Pasar Sentral Labuan | 1 Kiosk | 100.00 | Pelbagai dan berkaitan sahaja. |
5. | Kedai Teres 1 Tingkat Kg Sungai Bangat | 1 lot | 900.00 | Pelbagai dan berkaitan sahaja |
6. | Anjung Selera Sungai Miri | 2 lot | 150.00 | Jualan makanan dan minuman sahaja |
7. | Restoran Terapung Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan | 1 lot | 1,500.00 | Makanan dan minuman sahaja |
8. | Gerai Rumah Pangsa Perbadanan Labuan | 2 lot | 150.00 | Makanan dan minuman sahaja |
Borang Permohonan Penyewaan boleh diperolehi di Kaunter Setempat, Aras Bawah Blok B Wisma PL, Kaunter Khidmat Pelanggan UTC Pasar Sentral Labuan dan Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Tingkat 2, Blok B Wisma PL pada waktu pejabat atau di laman sesawang PL www.pl.gov.my
Tarikh tutup penerimaan borang permohonan ialah pada 10 Disember 2024 (Selasa) pada 4.00 petang dan dihantar terus ke Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Tingkat 2, Blok B Wisma PL. Hanya permohonan yang lengkap diterima dan memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh PL sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga pada tarikh, masa dan tempat yang akan dimaklumkan kemudian.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Unit Sewaan Harta, JPPH PL – 087-408698/650