Home / Info Korporat / Jabatan / Unit / Jabatan Audit Dalam

Jabatan Audit Dalam

Objektif

Menjalankan auditan kewangan dan pengurusan untuk semua jabatan bagi memastikan kawalan dalaman aktiviti yang dijalankan oleh setiap jabatan adalah selaras dengan peraturan-peraturan yang sedia ada.

Fungsi

  • Mengkaji semula organisasi dalam tempoh tertentu untuk mengetahui samada fungsi perancangan, penyeliaan, arahan dan pengawalan berdasarkan dasar, arahan dan peraturan pengurusan telah dilaksanakan dengan berkesan sejajar dengan objektif dan amalan pengurusan yang baik.
  • Menentukan kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kawalan dalaman dan pengawasan operasi.
  • Mengkaji ketepatan dan kesahihan maklumat kawangan dan mengenalpasti cara mangukur, menjenis dan melaporkan maklumat tersebut.
  • Mengkaji sistem sedia ada untuk memastikan ianya selaras dengan dasar dan peraturan terutamanya bidang yang mempunyai kesan terhadap operasi serta menentukan samada organisasi mematuhinya. Jika perlu, mencadangkan dasar yang sesuai.
  • Mengkaji cara yang sesuai untuk melindungi aset dan mengesahkan kewujudan aset tersebut. Menilai faedah dan keberkesanan penggunaan sumber yang ada, mengenalpasti peluang untuk meningkatkan penggunaan sumber serta mencadangkan cara untuk mengatasi masalah yang berkaitan.
  • Mengkaji perjalanan organisasi dan pelaksanaan program untuk memastikan samada hasilnya selaras dengan objektif yang telah ditentukan, dan samada ianya telah dilaksananakan sepertimana yang dirancangkan.
  • Menyelaras tugas Jabatan Audit Dalam dengan Audit Luar.
  • Bersama-sama merancang, merekabentuk, membangun, melaksanakan sistem pengurusan berasaskan komputer terutama dari aspek :
    • Ciri-ciri kawalan
    • Ciri-ciri ketepatan
    • Keupayaan merekod dokumentasi supaya sistem yang dimajukan ini dapat membantu Perbadanan Labuan mencapai matlamatnya.

Piagam Pelanggan

Jabatan Audit Dalam adalah komited untuk menjalankan pengauditan secara profesional berpandukan piawaian yang diterima umum dan memberi penilaian serta laporan yang bebas, objektif, jelas dan adil. Kami berjanji akan:
  • Menyedia dan menyiapkan Rancangan Audit Dalam Tahunan dalam tempoh tiga (3) minggu.
  • Menjalankan pengauditan pengurusan kewangan dan pengauditan kajian khas dalam tempoh dua (2) bulan.
  • Menyediakan dan menyiapkan Laporan Kajian Audit yang seimbang (balanced report), bebas dan adil dalam tempoh tiga (3) minggu selepas auditan selesai dijalankan.
  • Menyediakan laporan atau pemerhatian audit yang tepat, jelas dan mudah difahami. Memberi pendapat dan syor-syor yang membina.
Bagi memastikan operasi kewangan dan pengurusan diuruskan mengikut dasar-dasar, undang-undang dan peraturan-peraturan yang diwajibkan.

Carta Organisasi

JAD

Hubungi

Alamat: Jabatan Audit Dalam, 4th Floor, Menara Perbadanan Labuan Jalan Okk Awang Besar, P.O Box 81245, 87022, FT Labuan Talian Pejabat: 087-408739
Kemaskini terakhir 07/07/2021 - 06:55pm
Info Korporat - Siaran Media Permohonan Lesen Baharu Pemberi Pinjam Wang Corporate Info - Media Broadcast Perutusan KPE Penafian Perolehan - Tender Sebutharga Suara Anda GAMMA.my
Borang Maklum Balas
Borang Maklum Balas
Skip to content