Jabatan Pengurusan Maklumat
Objektif
Mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan jentera pentadbiran dan sistem penyampaian pelanggan organisasi melalui penggunaan teknologi maklumatFungsi
- Merancang, mengkaji dan melaksanakan keperluan-keperluan komputerisasi PL dan Bahagian-Bahagian dibawahnya
- Membangun dan menyelenggara sistem pengkomputeran di PL supaya sentiasa mantap dan terkini
- Merancang, mengkaji dan melaksana sistem rangkaian komputer di PL supaya dapat digunakan secara optimum
- Memberi khidmat nasihat dan sokongan teknikal kepada pihak pengurusan dan pengguna lain yang sesuai dengan pembaharuan dan teknologi maklumat masa ini
- Menjalankan kajian penilaian sistem dari segi perkakasan, perisian dan aplikasi dari masa ke masa supaya sistem sentiasa selaras dan sesuai dengan kehendak pengguna
- Menjalankan proses perolehan daripada penyediaan spesifikasi tender hingga ke pemasangan peralatan dan ujian penerimaan
- Merupakan Jawatankuasa Teknikal laman web Perbadanan Labuan
Piagam Pelanggan
Kami berjanji:- Menyediakan dan menyelanggarakan sistem aplikasi yang telah dipersetujui oleh pihak pengurusan dalam tempoh yang dikehendaki mengikut kaedah standard dengan menggunakan teknologi bersesuaian
- Menyediakan kemudahan peralatan mengikut keperluan untuk meningkatkan produktiviti dengan mengambilkira teknologi semasa
- Menentukan peralatan komputer berfungsi secara berterusan dengan memberi khidmat bantuan secepat mungkin melalui Meja Bantuan Help Desk
- Sentiasa bersedia memberi khidmat nasihat teknikal sama ada secara langsung atau melalui Jawatankuasa-Jawatankuasa Teknikal
- Memberi kesedaran pendedahan bagi meningkatkan kesedaran terhadap peranan teknologi maklumat kepada warga PL
Carta Organisasi
Hubungi
Alamat: Jabatan Pengurusan Maklumat, Tingkat 3,Blok A, Wisma Perbadanan Labuan Jalan Merdeka, Peti Surat 81245, 87022, WP LabuanTalian am: 087-408615Kemaskini terakhir 07/07/2021 - 07:10pm
Info Korporat - Siaran Media
Permohonan Lesen Baharu Pemberi Pinjam Wang
Corporate Info - Media Broadcast
Perutusan KPE
Penafian
Perolehan - Tender Sebutharga
Suara Anda
MySejahtera