Jabatan Pengurusan Sumber Manusia
Objektif
Mewujudkan satu sistem pengurusan sumber manusia yang efektif,efisyen dan produktif.Fungsi
- Menguruskan hal-hal perkhidmatan bagi pegawai dan kakitangan PL seperti berikut :
- Mengkaji dan menguruskan pemansuhan, penggredan dan penyusunan semula jawatan organisasi.
- Mengkaji keperluan dan pengujudan jawatan baru.
- Menguruskan pengambilan pegawai dan kakitangan berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.
- Menguruskan perjawatan termasuk pengesahan jawatan, urusan pencen dan penempatan pegawai dan kakitangan.
- Mengendalikan kesemua urusan cuti berdasarkan Perintah Am-Bad C.
- Menguruskan tapisan keselamatan untuk pegawai dan kakitangan
- Menguruskan permohonan Elaun Perumahan Wilayah dan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal
- Menyelaras Urusan Sistem SISPEN / HRMIS
- Menyelaras Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) untuk pegawai dan kakitangan
- Menyelaras urusan Pengisytiharan Harta pegawai dan kakitangan.
- Menguruskan Latihan dan Pembangunan Kerjaya seperti berikut :-
- Merancang, mengenal pasti dan menyelaraskan aktiviti latihan dalaman dan luaran
- Membangunkan kurikulum dan program latihan
- Mengendalikan Kursus Induksi Umum dan Khusus
- Membuat kajian dan perancangan strategik pengurusan sumber manusia
- Memberikan khidmat kaunseling kepada pegawai dan kakitangan
- Menyediakan dan melaksanakan kursus dan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan peringkat Perbadanan Labuan
- Mengendalikan permohonan menghadiri persidangan, seminar dan lawatan sambil belajar.
- Menjadi urusetia kepada : –
- Jawatankuasa Pemantauan Kursus
- Lembaga Kompetensi
- Unit Kaunseling
- Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM)
- Lembaga Kenaikan Pangkat
- Jawatankuasa Lembaga Tatatertib
- Majlis Bersama Jabatan (MBJ)
- Jawatankuasa Perjawatan
Piagam Pelanggan
- Menguruskan Pelantikan Pegawai/Kakitangan
- Pengisian jawatan kosong secara pengiklanan dibuat dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh iklan
- Menguruskan Hal-Hal Perkhidmatan
- Memproses permohonan cuti dalam tempoh 3 hari selepas tarikh permohonan diterima
- Menguruskan pengesahan jawatan kepada anggota yang layak dalam tempoh satu (1) minggu daripada tarikh kelulusan oleh Ketua Jabatan
- Memproses elaun-elaun dalam perkhidmatan yang lengkap dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh diterima
- Mengemaskini buku rekod perkhidmatan dan Sistem Personal Jabtan (SISPEN) / Human Resource Management Information System (HRMIS) bagi pegawai dan kakitangan dari masa ke semasa
- Menguruskan dan melaksanakan dasar dari segi pembangunan prestasi, kenaikan pangkat, pengendalian tatatertib dan anugerah pingat/darjah kebesaran mengikut garis panduan sedia ada dari masa ke semasa
- Memproses urusan persaraan pegawai/kakitangan dalam tempoh tiga (3) bulan
- Memastikan semua dokumen persaraan yang lengkap disempurnakan akan dikemukakan ke Bahagian Pencen JPA dalam masa enam (6) bulan sebelum pegawai/kakitangan bersara
- Menguruskan Latihan dan Pembangunan Kerjaya
- Memproses permohonan kursus/latihan/peperiksaan dalam tempoh tiga (3) hari selepas permohonan mendapat kelulusan
- Memastikan setiap pegawai dan kakitangan agensi menghadiri kursus sekurang-kurangnya 7 hari setahun
- Menerima dan memproses permohonan praktikum pelajar daripada IPTA / IPTS dalam masa tujuh (7) hari setelah mendapat keputusan daripada Ketua Jabatan
- Mengendalikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Kursus/Latihan empat (4) kali setahun
Carta Organisasi
Hubungi
Alamat: Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat Bawah, Blok B, Wisma Perbadanan Labuan (sementara) Jalan Merdeka, Peti Surat 81245, 87022, WP LabuanTalian Pejabat: 087-581819Kemaskini terakhir 07/07/2021 - 07:04pm
Info Korporat - Siaran Media
Permohonan Lesen Baharu Pemberi Pinjam Wang
Corporate Info - Media Broadcast
Perutusan KPE
Penafian
Perolehan - Tender Sebutharga
Suara Anda
MySejahtera