Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
Objektif
- Mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan mengenai penilaian dan kadaran di kawasan kadaran Perbadanan Labuan serta pengurusan harta tanah milik Perbadanan Labuan
- Mengutamakan perniagaan
- Memberi kepuasan kepada pelabur
Fungsi
- Membuat penilaian keatas pegangan di Wilayah Persekutuan Labuan berdasarkan Bahagian XV, Akta Kerajaan Tempatan 1976
- Mengenakan cukai kadaran keatas pegangan yang terletak di kawasan kadaran Perbadanan Labuan
- Membuat tuntutan sumbangan membantu kadar keatas pegangan milik Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
- Menguruskan sewaan untuk rumah, premis niaga dan pajakan tanah milik Perbadanan Labuan
Menguruskan perlindungan insuran untuk bangunan milik Perbadanan Labuan - Memberi perkhidmatan kaunter untuk cukai kadaran dan sewaan harta tanah milik Perbadanan Labuan
- Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelabur sedia ada atau bakal pelabur
- Merancang dan melaksanakan perkara-perkara untuk menyediakan Labuan sebagai lokasi pelaburan yang kondusif
- Menyediakan maklumat-maklumat asas untuk rujukan para pelabur
- Mengadakan promosi pelaburan untuk Labuan sama ada dalam bentuk lawatan-lawatan, pameran, seminar, expo perdagangan atau pelaburan
- Membuka peluang kemungkinan untuk mewujudkan usahasama dengan pelabur-pelabur bagi melaksanakan projek-projek yang menyokong status Labuan sebagai Destinasi Pelancongan, Pulau Bebas Cukai dan Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa
- Menyelaraskan rombongan perdagangan dan pelaburan daripada luar Labuan
- Mempromosikan perkembangan aktiviti dan produk industri tempatan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
- Urusetia BIMP-EAGA Peringkat W.P. Labuan
Piagam Pelanggan
Penilaian & Pengurusan Harta
- Mengeluarkan bil-bil kadaran sebelum bulan Januari dan Julai pada setiap tahun
- Membuat tuntutan sumbangan membantu kadar kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebelum bulan Mac pada setiap tahun
- Mengeluarkan notis tunggakan cukai kadaran pada bulan Mac dan September pada setiap tahun
- Menjalankan kerja-kerja penilaian ke atas pegangan baru bagi maksud kadaran dalam masa 19 hari bekerja
- Memproses dokumen transaksi hartanah yang lengkap dalam tempoh 21 hari bekerja daripada tarikh permohonan
- Mengeluarkan surat tawaran sewaan rumah dan premis niaga dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh keputusan Panel Temu duga
- Menerima dan menyelaras aduan awam terhadap kerosakan harta tanah sewaan dalam tempoh dua puluh empat jam bekerja
- Sentiasa memberi layanan mesra kepada pelanggan
Carta Organisasi
Hubungi
Alamat:
Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta,
Tingkat 2, Blok B, Wisma Perbadanan Labuan
Jalan Merdeka, Peti Surat 81245,
87022, WP Labuan
Talian Pejabat:
087-408650
087-408698
Kemaskini terakhir 06/01/2023 - 06:26pm
Info Korporat - Siaran Media
Permohonan Lesen Baharu Pemberi Pinjam Wang
Corporate Info - Media Broadcast
Perutusan KPE
Penafian
Perolehan - Tender Sebutharga
Suara Anda
MySejahtera