Jabatan Perancangan dan Kawalan Bangunan
Latar Belakang
- Bahagian Perancangan & Kawalan Bangunan ditubuhkan melalui Akta Perbadanan Labuan 2001 [Akta 609]
- Mula beroperasi di tingkat 1 Wisma Wong Wo Lo, Jalan Tun Mustapha
Objektif
- Menjadikan Wilayah Persekutuan Labuan sebuah bandar Pulau mampan
- Memastikan semua jenis pembangunan yang dilaksanakan mengikut dasar yang telah ditetapkan dan keperluan perundangan semasa
- Mewujudkan situasi harmoni sebagai tempat tinggal dan bekerja serta beriadah
- Menyelaras keperluan perancangan dan pembangunan melalui penggunaan garis panduan dan piawaian yang berkaitan
- Mewujudkan sistem pengumpulan dan penyelarasan maklumat perancangan berkomputer
- Memastikan pentadbiran jabatan dilaksanakan secara cekap selaras dengan kehendak pihak pengurusan
Fungsi
- Bertanggungjawab terhadap urusan perancangan fizikal yang merangkumi perancangan pembangunan semula, penempatan baru dan kawal selia pembangunan.
- Mengemukakan cadangan projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia.
- Memproses Permohonan Kebenaran Merancang dan menjalankan operasi pusat setempat.
- Memproses Permohonan Kelulusan pelan susunatur & landskap, Pelan Bangunan, Rumah Sesebuah, Pelan Ubahsuai dan Rumah Kampung.
- Memproses Permohonan Pecah Sempadan / Bahagian dan Tukar Syarat Tanah.
- Memproses Ulasan Permohonan Lesen Perniagaan dan permohonan tanah.
- Memberi perkhidmatan dan menyelaras projek-perojek landskap PL, kepada pihak perunding dan pemaju.
- Memberi khidmat nasihat perancangan dan pembangunan kepada jabatan agensi Kerajaan di Labuan serta individu selain kepada sektor swasta.
Piagam Pelanggan
- Memberi layanan mesra kepada semua pelanggan
- Memastikan semua pertanyaan pelanggan dapat dilayan dalam tempoh menunggu kurang daripada 20 minit
- Memproses permohonan yang LENGKAP bagi permohonan Kebenaran Merancang, Pelan Bangunan (baru/pindaan) dan Pelan Pecah Sempadan/Bahagian melalui Unit Pusat Setempat dalam tempoh empat (4) bulan
- Memberikan ulasan teknikal bagi permohonan Kebenaran Merancang, Pelan Bangunan (baru/pindaan) dan Pelan Pecah Sempadan/Bahagian yang diterima dari Unit Pusat Setempat dalam tempoh dua puluh satu (21) hari
- Membuat lawatan tapak dan ulasan teknikal bagi permohonan pertanyaan perancangan dan Sijil Layak Menduduki dalam tempoh empat belas (14) hari
- Membuat siasatan ke atas semua aduan awam yang berkaitan dengan perancangan dalam tempoh tiga (3) hari dan mengambil tindakan susulan serta-merta (jika perlu)
- Mengulas kesesuaian kedudukan pindaan premis perniagaan dalam tempoh tiga (3) hari melalui Sistem Pre-Lis
- Memastikan semua kajian-kajian perancangan disediakan dalam tempoh yang ditetapkan
Carta Organisasi
Hubungi
Alamat: Jabatan Perancangan & Kawalan Bangunan Tingkat 1, Blok B, Wisma Perbadanan Labuan Jalan Merdeka, Peti Surat 81245, 87022, WP LabuanTalian Pejabat: 087-426862Kemaskini terakhir 07/07/2021 - 06:57pm
Info Korporat - Siaran Media
Permohonan Lesen Baharu Pemberi Pinjam Wang
Corporate Info - Media Broadcast
Perutusan KPE
Penafian
Perolehan - Tender Sebutharga
Suara Anda
MySejahtera