Pejabat Penasihat Undang-Undang
Objektif
Memastikan kepentingan Perbadanan Labuan sentiasa terpelihara di sisi undang-undang dalam melaksanakan fungsi-fungsinya sebagai pihak berkuasa tempatan dan pihak berkuasa perancang tempatan di Wilayah Persekutuan Labuan.Fungsi
- Menggubal dan meminda undang-undang induk dan subsidiari Perbadanan Labuan.
- Memberi ulasan dan nasihat perundangan kepada Perbadanan Labuan.
- Menguatkuasakan undang-undang induk dan subsidiari sedia ada dan terpakai kepada Perbadanan Labuan.
- Mengendalikan kes-kes sivil yang melibatkan Perbadanan Labuan.
- Menyemak dan menyediakan dokumen-dokumen perjanjian (kontrak) yang melibatkan Perbadanan Labuan.
- Membuat pemantauan dan kajian terhadap keberkesanan penguatkuasaan Undang-Undang induk dan subsidiari sedia ada dan terpakai kepada Perbadanan Labuan.
Piagam Pelanggan
Pejabat Penasihat Undang-Undang adalah komited untuk memastikan segala fungsi dan kuasa yang diletakhak ke atas Perbadanan Labuan dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna selaras dengan peruntukan undang-undang agar objektif dan matlamat Perbadanan Labuan dapat dicapai dengan jayanya.Carta Organisasi

Hubungi
Alamat:
Pejabat Penasihat Undang-Undang
Tingkat 4, Menara Perbadanan Labuan
Jalan OKK Awang Besar, Peti Surat 81245
87022 Wilayah Persekutuan Labuan
Talian Pejabat:
087-408765
Kemaskini terakhir 07/07/2021 - 06:40pm
Info Korporat - Siaran Media
Permohonan Lesen Baharu Pemberi Pinjam Wang
Corporate Info - Media Broadcast
Perutusan KPE
Penafian
Perolehan - Tender Sebutharga
Suara Anda
MySejahtera