Piagam Pelanggan
Kami berjanji untuk menyediakan perkhidmatan yang cemerlang, cekap dan mesra serta melaksanakan program pembangunan yang berkualiti selaras dengan dasar pembangunan negara.
- Memastikan pelanggan yang berurusan di kaunter/menggunakan telefon menunggu tidak melebihi tempoh lima (5) minit serta menerima layanan yang berkualiti dan berbudi bahasa.
- Memberi maklumbalas permohonan tempahan kemudahan awam (melalui surat/telefon/datang ke pejabat) dalam tempoh 1 hingga 3 hari dari tarikh permohonan diterima.
- Menjamin segala aduan yang diterima akan disiasat dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dengan menyediakan maklumbalas kepada pengadu dan pengurusan atasan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
- Membuat pembayaran dalam masa 14 hari dari tarikh dokumen lengkap dan teratur untuk dibayar.
- Memastikan pelanggan mendapat keputusan permohonan bagi penyewaan Anjung Budaya dalam tempoh 1 hari.
- Memastikan pelanggan mendapat keputusan permohonan bagi tempahan persembahan dalam tempoh 1 hari.
- Memproses dan memberi keputusan mengenai permohonan baharu lesen perniagaan, pertukaran maklumat dan permohonan lesen penjaja dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja manakala pembaharuan lesen perniagaan dalam tempoh satu (1) hari.
- Memproses permohonan keahlian Perpustakaan Awam Labuan dalam tempoh tidak melebihi 5 minit dan memproses peminjaman dan pemulangan buku dalam tempoh tidak melebihi 3 minit.
Kemaskini terakhir 12/04/2022 - 08:29am
Info Korporat - Siaran Media
Permohonan Lesen Baharu Pemberi Pinjam Wang
Corporate Info - Media Broadcast
Perutusan KPE
Penafian
Perolehan - Tender Sebutharga
Suara Anda
MySejahtera