Pembangunan Tanah

Unit Pusat Setempat 

Permohonan – permohonan yang dikemukakan ke Unit Pusat Setempat (OSC), Perbadanan Labuan untuk tujuan pertimbangan kelulusan seperti yang disenaraikan di bawah:

  1. Permohonan Kebenaran Merancang (Pelan Susunatur dan Pelan Lanskap)
  2. Permohonan pelan pecah sempadan/bahagian/cantuman tanah dan tukar syarat tanah
  3. Permohonan Pelan Bangunan atau Pelan Ubahsuai atau Pelan Rumah Sesebuah
  1. Permohonan Pelan Kerja Tanah, Pelan Parit dan Jalan dan Pelan M&E

 

Perbadanan Labuan (PL) telah melaksanakan MS ISO 2015 yang telah berkuatkuasa bermula 01 November 2017. Bermula 01 November 2017 pihak Personal Submiting Person (PSP) perlu mengisi, melengkapkan dokumen dan mengemukakan borang terkini iaitu:

  1. i) Borang Kebenaran Merancang : No. Borang :PL-PK(OSC)-01/01.
  2. ii) Borang Pecah Sempadan : No. Borang :PL-PK(OSC)-01/02.
  3. Borang Pelan Bangunan                 : No. Borang :PL-PK(OSC)-01/03.
  1. iv) Borang Pelan Rumah Sesebuah : No. Borang :PL-PK(OSC)-01/04.
  2. v) Borang Pelan Ubahsuai Bangunan: No. Borang :PL-PK(OSC)-01/05.

 

Tempoh yang diambilkira ialah sehingga permohonan diluluskan bermula dari tarikh penerimaan lengkap Unit Pusat Setempat (OSC) dan tidak lebih 108 hari waktu bekerja. Sekiranya telah mencapai tempoh 108 hari sesuatu permohonan itu akan dibatalkan dan PSP dikehendaki mengemukakan permohonan baru jika masih berminat.

 

Kekerapan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat Perbadanan Labuan

1 – 2 kali sebulan

 

Pegawai yang boleh dihubungi:

En. Tazrudin bin Henarin (087-408761)

Pn. Mazlina bt. Othman (087-426697) 

 

Unit Kawalan Perancangan

 

  1. Membuat pemeriksaan dan memberikan ulasan keatas permohonan-permohonan yang diterima daripada Unit Pusat Setempat
  2. Membuat pemeriksaan dan memberikan ulasan perancangan kepada Pejabat Tanah dan Galian
  3. Membuat pemeriksaan dan memberikan ulasan permohonan pertanyaan perancangan daripada orang awam
  4. Mengadakan lawatan pemantauan bersepadu bagi pembangunan tanpa kelulusan
  5. Mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas pembangunan tanpa kelulusan
  6. Membuat siasatan ke atas aduan yang berkaitan perancangan dan seterusnya mengambil tindakan penguatkuasaan

 

Tempoh Piagam Pelanggan

Memberikan ulasan dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh terima permohonan

 

Pegawai yang boleh dihubungi:

En. Ahmad Fuad Mohd Daim (087 – 408752)

En. Mohd Syamsuri bin Mahali (087 – 408752)

 

Unit Rancangan Pembangunan

 

  1. Menjalankan kajian-kajian berkaitan perancangan
  2. Melaksanakan kajian semula rancangan tempatan/rancangan struktur
  3. Melaksanakan Program Bandar Selamat yang diurusetia oleh PLANMalaysia
  4. Menyediakan maklumat berkaitan perancangan atau Garis Panduan Perancangan
  5. Menyelaraskan Mesyuarat Utiliti WP Labuan
  6. Menyelaraskan Mesyuarat Jawatankuasa Nama-Nama Geografi peringkat WP Labuan
  7. Memberi khidmat nasihat amalan perancangan
  8. Melaksanakan kerja – kerja ikhtisas

 

Tempoh Piagam Pelanggan

Memberikan ulasan dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh terima permohonan

 

Pegawai yang boleh dihubungi:

En. Ahmad Fuad Mohd Daim (087 – 408752)

En. Md Azizon Mat Usof (087 – 408752)

Kemaskini terakhir 06/09/2021 - 11:19am
Info Korporat - Siaran Media Permohonan Lesen Baharu Pemberi Pinjam Wang Corporate Info - Media Broadcast Perutusan KPE Penafian Perolehan - Tender Sebutharga Suara Anda GAMMA.my
Borang Maklum Balas
Borang Maklum Balas
Skip to content