Home / Soalan Lazim / Perkhidmatan Perbandaran

Perkhidmatan Perbandaran

Jenis sampah yang boleh dibuang ke dalam tong sampah hanyalah sampah/sisa domestik sahaja.

Istilah sampah domestik ialah sisa makanan/dapur yang dihasilkan daripada dapur taman perumahan, rumah kampung dan premis makanan

Sampah kasar adalah sisa binaan, sisa kebun, perabot, sisa industri (tidak termasuk sisa berjadual) dan sebagainya. Sisa ini tidak dikutip oleh lori kompaktor PL. Orang awam perlu melupuskan sampah kasar ke tapak pelupusan PL.

Sampah haram bermaksud sampah atau sisa pepejal yang dibuang di kawasan yang BUKAN dikhaskan untuk pembuangan sampah awam.

Tapak Pelupusan Sampah Perbadanan Labuan terletak di kampung Bukit, Kalam WP Labuan.

Senarai semak permohonan permit memasuki Tapak Pelupusan Perbadanan Labuan:

  1. Kemukakan surat permohonan rasmi
  2. Nyatakan jenis sampah/pepejal yang ingin dilupuskan
  3. Lampirkan maklumat kenderaan yang akan memasuki tapak pelupusan (salinan kad kenderaan)
  4. Permohonan yang lengkap akan diproses dan akan diberikan permit mengikut tempoh yang telah ditetapkan
  5. Permit perlu diperbaharui jika tamat tempoh. Hantar sebulan lebih awal bagi sebarang urusan pembaharuan permit.
  6. Sila kemukakan surat permohonan ke Jabatan Perkhidmatan Perbandaran, Perbadanan Labuan

Buat masa ini pihak pengurusan Perbadanan Labuan masih belum mengenakan sebarang caj kepada pihak luar. Walau bagaimanapun, Jabatan akan memantau dan menapis jenis sampah yang boleh dilupuskan ditapak pelupusan tersebut.

Jenis barangan yang boleh dikitar semula dengan PL:

  1. Kertas
  2. Plastik
  3. Besi/aluminium
  4. Minyak masak (premis makanan/restoran sahaja)

Antara program kitar semula yang dilaksanakan oleh Perbadanan Labuan:

  1. Program pembelian barangan kitar semula peringkat kampung (Sabtu dan Ahad)
  2. Program pembelian barangan kitar semula peringkat taman perumahan (selasa hingga Khamis)
  3. Program kutipan sisa kitar semula di setiap sekolah dan agensi yang terpilih
  4. Program pameran dan kesedaran kitar semula yang diadakan dari semasa ke semasa

Ya, Perbadanan Labuan menyediakan perkhidmatan penyewaan peralatan logistik. Permohonan penyewaan adalah tertakluk kepada syarat dan harga yang telah ditetapkan.

Senarai semak permohonan untuk memasuki Tapak Pelupusan Sisa Pepejal PL:

  1. Kemukakan surat permohonan rasmi
  2. Nyatakan jenis sisa pepejal yang ingin dilupuskan
  3. Lampirkan maklumat kenderaan yang akan memasuki tapak pelupusan (salinan kad kenderaan)
  4. Permohonan yang lengkap akan diproses dan akan diberikan permit mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
  5. Permit perlu diperbaharui jika tamat tempoh. Hantar sebulan lebih awal bagi sebarang urusan pembaharuan permiat
  6. Sila kemukakan surat permohonan ke Jabatan Perkhidmatan Perbandaran, Perbadanan Labuan
Kemaskini terakhir 15/11/2021 - 03:23pm
Info Korporat - Siaran Media Permohonan Lesen Baharu Pemberi Pinjam Wang Corporate Info - Media Broadcast Perutusan KPE Penafian Perolehan - Tender Sebutharga Suara Anda GAMMA.my
Borang Maklum Balas
Borang Maklum Balas
Skip to content