Surat Akuan Terima aduan akan dikeluarkan serta merta atau dihantar dalam tempoh 1 hari bekerja dengan disertakan nombor rujukan, nombor telefon, dan nama serta alamat pejabat pegawai yang boleh dirujuk.
Segala aduan yang sahih akan disiasat dan akan diberi maklum balas atau jawapan mengenai status aduan dalam jangkamasa yang ditetapkan. Sekiranya aduan tersebut memerlukan masa yang panjang untuk diselesaikan, pihak pengadu akan dihubungi dan dimaklumkan bila maklum balas akan diberikan.
Jika pengadu tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan, aduan bole dikemukan semula dengan menyatakan sebab-sebab tidak puas hati. Aduan akan dikaji semula serta penjelasan baru akan diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan.