Soalan Lazim Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
Setiap kekosongan premis rumah sewa/premis niaga akan diiklankan. Iklan kekosongan akan dipaparkan di Laman Web Perbadanan Labuan di www.pl.gov.my dan di laman sosial rasmi Perbadanan Labuan. Iklan kekosongan juga akan ditampal di papan-papan kenyataan milik Perbadanan Labuan.
Borang-borang permohonan boleh dimuat turun dari laman sesawang Perbadanan Labuan di www.pl.gov.my atau boleh diperolehi di Jabatan Penilaian, Pelaburan & Pengurusan Harta, Tingkat2, Blok B, Wisma Perbadanan Labuan.
Sebarang aduan kerosakan rumah sewa/premis niaga boleh diadukan melalui saluran-saluran berikut:
- Talian 087-408650 (JPPPH)
- Talian 087-408852 (JHEK)
- Talian WhatsApp 019-7878995/013-5888665
- Datang ke:
- Kaunter Setempat, Blok B, Wisma Perbadanan Labuan,
- JPPPH, Tingkat 2, Blok B, Wisma Perbadanan Labuan
Bayaran sewa untuk rumah sewa dan premis niaga boleh dibuat di:
- Kaunter Setempat, Tingkat Bawah, Blok B Wisma PL
- Kaunter Perbadanan Labuan di UTC
- Bayaran secara atas talian menggunakan JomPay, www.maybank2u.com.my, www.cimbclick.com.my, www.cimb-bizchannel.com.my, www.posonline.com.my dan di semua cawangan Bank Islam Manaysia di seluruh negara.
Keputusan untuk sebarang temuduga akan diberitahu dalam jangka masa 2 minggu selepas tarikh temuduga atau boleh menghubungi talian 087-408650 pada waktu pejabat.